Wednesday, March 18, 2009

.....adek ku sayang..

..sy bersama sahabat2 seperjuangan baru shj usai
me
ngadakan program tuk adek2 tersayag..^^
penat pomm ada :lenguh pom terasa :
tp tk pe tuk adek2 ku..=)


moga2 adek2 mendpt imput yg terbaik tuk dbwa pulang dan moga2 ianya dpt diaplikasi dalam perjuangan

salam juang^^salam jihad ^^ salam sayang!!

takbir!!!!!aLLahuAKBAR.....
Saya=ng s=u=m=o.

Wednesday, March 4, 2009

...masO oh masO ^ ^

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sumo..
berjumpa ag kite di alam maya ini.:dah lama dah rasanya saya xmenulis..huhu^
tapi xpelah nati korang jemu pulok..hahaha

_malam ini malam yang terakhir bagi sy di bumi bernilai ini..:
hehe,nati kiter jumpa lagi di shortsem..huhu3..
xilang punya [inshaAllah panje umO ]
nak citer nye bny ag bende xsettle.
.:nilah akibatnya perangai atau peea yg sukO bertangguh..

1.nk kemas barang..^yang nk dbwak pergi..
2.nk kemas dan punggOh barang2 yang nak ditinggal..*
3.nk buat macam 2 lagi..^ ^

2lah kehidupan sy pada male neh..
menghabiskan malam malam terakhir..kua33

moralnya:.jgn suko bertangguh nati byk bende tergendala..
"kite almaklum 'alwaajibat aksar minal waQ2.'
tp kenapalah diri nie xleh nk berdisiplin...^^

=( jgn jadi macam sy..huuhu
jom pakat2 ISLAH diri kite..^^





Sunday, March 1, 2009

....teka teki..??

1.Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.
KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
=)dulu2 ana pernah ditanya teka teki berkenaan..
ana hanya tahu jawapannya dan tidak pernah berfikir secara mendalam mengenai teka teki ini...
alangkah hinanya diri ini..
tetapi alhamdullilah ALLAH mengurniakan ana peluang sekali lagi untuk berfikir tentang teka teki ini....[segala puji bagi NYA yang tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur]
^marilah kite sama2 renung2kan dan ambik iktibar dan peringatan dari teka teki ini..
segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang datang dari Allah yang ditakdirkan atas diri ana sendiri..walluhua'lam..